terima kasih , anda yang ke ..

Wednesday, 24 October 2012

balik kampung !

Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah hari ini saya mahu bercerita sedikit mengenai sikap saya yang agak pelik daripada orang lain . hehe . Sejak dari dulu , i mean semenjak matrikulasi . Apabila cuti sem ke , cuti apa ke , saya pasti memberitahu ibu , namu bila ibu bertanya "dapat balik rumah tak ?" , saya berkata saya tidak balik kerana bla.bla..blaa..blaa.. apa-apa je la . Sebenarnya pelbagai alasan dicipta sekadar untuk membuat surprise padanya , ibuku tersayang . Saya gembira bila ibu membuka pintu je , alangkah terkejutnya dia melihat saya berada di hadapannya . hehe . Saya seronok kerana apabila ibu terperanjat dia pasti memeluk saya dan mencium saya .  Ibu , nantikan kepulangan anakmu ini ....

terpelihara mengejar kesempurnaan

Assalamu'alaikum .
Alhamdulillah ,segala  puji hanya bagi Allah . Kita semua masih lagi diberi waktu dan ruang untuk bersama berfikir mengenai ciptaan Allah . Ciptaan Allah semuanya indah~ belaka dan tiada pula yang indah khabar dari rupa :)  Subhanallah .  Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang terakhir bagi pesta konvokesyen . Boleh dikatakan agak meriah di sana pada waktu itu . Namun ada beberapa perkara yang saya berminat untuk berkongsi dengan anda semua .
Memang sejuk mata dan hati apabila memandang wanita yang menutup aurat dengan sempurna di sana sini . Sekurang-sekurangnya mereka ini telah menolong lelaki untuk tidak menambahkan lagi dosa kaum lelaki yang memang sudah sedia ada telah banyak . Kasihan juga kekadang kaum lelaki ini jika sekelilingnya wanita tidak menutup aurat . Apa perlu kami ,kaun lelaki jalan sambil menutup mata ? ? ? Tidakkah mereka berfikir bahawa mereka lebih terpelihara seandainya mereka menutup aurat dengan sempurna . Memang lumrah seorang insan dia tidak akan sempurna , namun tidakkah pernah dia berfikir bahawa mengejar kesempurnaan yang Allah redhai lebih baik daripada mengejar kesempurnaan yang Allah tidak redhai  !

Friday, 19 October 2012

Allah yang mengatur semuanya

Assalamu'alaikum .
Alhamdulillah saya masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi serba sedikit cerita , mungkin juga ilmu ataupun pengajaran . hehe . Cerita ini mungkin agak menarik :) Hari ini hari jumaat bukan ? Dan semua orang lelaki di wajibkan untuk menunaikan solat jumaat . Kisah ini berlaku di masjid universiti . Ada la seorang hamba Allah , selepas saja menunaikan solat , dia pun bangun dan menuju ke tempat beg yang dia telah sandarkan di salah satu tiang di dalam masjid(belakang tempat dia menunaikan solat) . Sambil berjalan dia memerhatikan kawasan yang dia menempatkan begnya tadi namun agak sedikit hairan kerana begnya tiada di situ lagi . Hati mula menduga bahawa pasti ia telah dicuri atau mungkin ada orang yang tersalah ambil . Tak mengapalah kata hamba Allah tersebut kerana dia sadar bahawa Allah sedang mengujinya dan pasti ini semua ada hikmahnya . Dia pun tersenyum lalu mengingati Allah :) lantas dengan izin Allah dia mengucapkan ' innalillahi wainna ilaihiroji'uun.. ' dan '  hasbiallahuwani'mal wakiil.. ' . Setelah mencari bersama rakannya dalam 5 minit mereka beradar dari masjid kerana pada pukul 3 petang ada kelas statistik . Hamba Allah tersebut pergi ke kelas dengan hati yang pasrah kerana segala tugasan yang perlu dihantar nanti ada di dalam beg . Dia cuma sempat membeli beberapa batang pen dan 100 helai ' kertas kajang ' sambil ditemani rakannya , sebagai persediaan di dalam kelas nanti  . Alhamdulillah prof memahami situasi dia dan membenarkan tugasan dihantar pada hari isnin hadapan . Kelas tamat sekitar 30 minit sebelum jam 6 petang . Pada waktu itu, hujan turun dengan renyai . Dalam perjalanan pulang ke kolej , hati dia yakin dan kuat mengatakan bahawa jika beg tersebut dicuri , pasti si pencuri itu merasakan ada laptop didalamnya . Tapi hakikatnya tiada . Dia berfikir mungkin si pencuri akan tinggalkan beg tersebut kerana tiada manfaat pun diperoleh jika dia mengambil beg itu . Namun hati dia berbelah bagi sama ada mahu ke masjid semula ataupun terus pulang ke kolej kerana air hujan yang sedang turun itu pasti dapat membasahinya . Keyakinan yang dikurniakan Allah menyebabkan dia melangkah ke masjid semula untuk mencari begnya . Dalam perjalanannya itu , dia teringat satu ceramah yang disampaikan oleh Dr.Maza yang mengatakan bahawa Allah pasti memakbulkan doa orang yang bersangka baik ( yakin doanya pasti dimakbulkan jika diizinkan Allah ) . Setelah berusaha mencari begnya di tingkat 2 masjid dalam beberapa minit , dia berfikir kalaulah beg itu tersalah ambil pasti orang itu akan memulangkan pada pihak pengurusan masjid di pejabat (aras 1) . Dia menuju ke arah pejabat . Dalam perjalanan dia tertoleh ke kiri(bawah tangga aras 1) , dan Alhamdulillah begnya sudah ditemui dalam keadaan yang setiap ' zip ' beg tersebut telah terbuka . Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya saat itu :) . Betapa besarnya nilai tawakkal kepada Allah .

*moral of story : serah segala urusan kepada Allah setelah berdoa kepada-Nya :) dan bersangka baiklah...

Thursday, 18 October 2012

jangan putus asa dari rahmat Allah tau :)

Assalamu'alaikum
Alhamdulillah , dapat lagi kita semua bernafas , berjalan , menulis dan macam-macam lagi ni'mat yang Allah dah kurniakan pada kita . Walau apa pun masalah yang hadir , kita harus tabah menempuhinya . Bukankah hidup ini hanya sebagai ujian dari Allah ? So memang tidak pelik jika kita menghadapi pelbagai masalah . Allah itu sebenarnya mahu kita mengadu padanya , Dia mahu kita berdo'a padanya . Dia suka lihat kita merintih , menangis di hadapannya kerana sadar akan kerdilnya diri kita ini . Memang tidak peliklah seorang hamba perlu melakukan itu semua semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya . Cuma yang agak pelik apabila seseorang hamba itu menjauhkan diri daripada-Nya hanya kerana mungkin berputus asa kerana segala keinginan kita tidak dpenuhi . Pasti ! ini semua ada hikmahnya :)  Wahai saudara , janganlah kita berputus asa daripada rahmat Allah . Berdo'a lah , agar Allah mengampui kita semua , berdo'alah apa sahaja untuk kebaikan kita . Masakan Allah yang penuh dengan sifat-Nya yang Maha pengampun lagi Maha pengasihani tidak boleh memaafkan hambanya ? Sedangkan iblis la'natullah , Allah perkenankan doanya untuk dipanjangkan umurnya agar dapat mengganggu segala keturunan nabi Adam . Ini kan pula kita , umat Nabi Muhamad s.a.w , kan ? :)

Thursday, 11 October 2012

redha Allah yang utama :)

Assalamu'alaikum .
Pada hari ini , kita sendiri dapat melihat bahawa umat islam kini tidak bersatu malah bertelagah sesama sendiri . Mahu tahu puncanya apa ? Betul lah apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. bahawa tiga perkara yang boleh menyebabkan manusia bertelagah .
1-Takhta
2-Harta
3-Wanita
Manusia jika dia bertakwa pasti takut untuk melaknat sesama insan . Mereka juga pasti takut untuk mengkafirkan sesama insan . Hal ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w. "barangsiapa yang mengkafirkan seseorang , maka ia akan berbalik kepada orang yang mengkafirkan itu" . Mereka boleh saja berpolitik , mereka boleh saja berdebat , tetapi harus diingat kalimah ALLAH yang harus ditegakkan ! . Apa gunanya kemenangan yang diperolehi namun tidak diredhai ALLAH ? Jika jadi pemimpin , jadilah pemimpin yang adil dan boleh menerima kritikan . Jika jadi  rakyat , hormatilah pemimpin dan suarakanlah pendapat dengan saluran yang betul .

syiah

Assalamu'alaikum .
Alhamdulillah , segala puji bagi Allah dapat lagi saya menaip untuk berkongsi dengan kamu semua di luar sana . Alhamdulillah tadi baru habis usrah . Usrah kali ini agak berbeza dengan yang sebelumnya . Pada slot isu semasa , diselitkan pelbagai isu-isu semasa di dunia dan malaysia . Salah satunya ialah akhi aiman tadi ada beritahu bahawa dia terlibat dengan demo umat islam di malaysia berkaitan dengan  ' innocent of muslim ' sekitar selanogr baru-baru ini . Dia meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana ada sesetengah puak syiah yang mengadakan provokasi  ketika demo dijalankan . Hal ini kerana puak syiah ini boleh pula mengibarkan bendera yang tertera gambar Ayatollah Khomeini . Jika anda semua ingin tahu , Khomeini adalah pengikut setia ajaran Syiah Imam Dua Belas atau dikenali juga sebagai Syiah Imamaiah, Syiah Jaafariah, dan al-Rafidah. Mana mungkin perkara ini boleh berlaku sedangkan waktu itu semua umat islam yang cintakan sunnah Rasulullah s.a.w sedang bersatu untuk menyatakan kebencian dan tentangan terhadap video hasil rekaan musuh islam . Puak syiah ini semestinya benci dengan sunni . Dari dulu hingga kini, mereka cuba perluaskan pengaruhnya di malaysia . Saya juga diberitahu tadi ramai juga orang melayu yang telah menerima syiah . Na'uzubillah . Sahabat semua , mari kita tegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini . Biarlah kebenaran yang melenyapkan kebatilan di dunia ini .

Saturday, 6 October 2012

bidaah

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها
beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.
 (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.)
Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi:
 Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak
(Al-Imam al-Bukhari dalam kitab ( آتاب الصلح ) bab ( باب إذا اصطلحوا على صلح جور ) nombor 2550
 Al-Imam Muslim dalam kitab ( آتاب الأقضية ) bab ( باب نقض الأحكام الباطلة ورد محدثات الأمور ) nombor 1718).

dosa-dosa besar

Assalamu'alaikum sahabat :)
Pada waktu ini ana berminat untuk berkongsi dengan antum semua tentang dosa-dosa besar .
Antara dosa-dosa besar yang nabi kita , Rasulullah s.a.w beritahu ialah :


"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Jauhi olehmu tujuh perkaran yang mencelakakan !"
Tanya orang kepada beliau : "Apa itu?" Jawab beliau : "Menyekutukan Allah,
mensihir atau percaya kepadanya, membunuh jiwa yang dilarang Allah
kecuali dengan jalan yang benar,
makan harta anak yatim, memakan riba, mundur dari medan pertempuran
dan menuduh zina kepada wanita-wanita mu'min yang memelihara kehormatannya."
Hadis sahih riwayat Muslim