Assalamu'alaikum .
Pada hari ini , kita sendiri dapat melihat bahawa umat islam kini tidak bersatu malah bertelagah sesama sendiri . Mahu tahu puncanya apa ? Betul lah apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. bahawa tiga perkara yang boleh menyebabkan manusia bertelagah .
1-Takhta
2-Harta
3-Wanita
Manusia jika dia bertakwa pasti takut untuk melaknat sesama insan . Mereka juga pasti takut untuk mengkafirkan sesama insan . Hal ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w. "barangsiapa yang mengkafirkan seseorang , maka ia akan berbalik kepada orang yang mengkafirkan itu" . Mereka boleh saja berpolitik , mereka boleh saja berdebat , tetapi harus diingat kalimah ALLAH yang harus ditegakkan ! . Apa gunanya kemenangan yang diperolehi namun tidak diredhai ALLAH ? Jika jadi pemimpin , jadilah pemimpin yang adil dan boleh menerima kritikan . Jika jadi rakyat , hormatilah pemimpin dan suarakanlah pendapat dengan saluran yang betul .
No comments:
Post a Comment