Kematian
itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita
amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata
apa-apa.. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan
‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan
sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan
kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”
Ini jelas
menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun
semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati
azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak
dan diamkan diri.
Mengapa
ketika azan kita harus mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika
azan, Allah akan
kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal
hampir tiba maka kita tidak
dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah..” yang mana sesiapa yang dapat
mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya
menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu
marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini
tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian
kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah “Lailahaillallah..” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..
amin.. amin Yarobbal a’lamin..”
Wallahu
a’lam.
No comments:
Post a Comment