terima kasih , anda yang ke ..

Saturday, 29 September 2012

aurat wanita ?

Assalamu'alaikum
Hari ini saya tertarik untuk berkongsi dengan anda semua mengenai aurat wanita berdasarkan hadis nabi s.a.w dan firman Allah s.w.t . Suasana di muka bumi ini yang semakin parah mendorong saya untuk berkongsi dengan anda semua . Mudah-mudahan ada manfaatnya bagi kita semua :)
Antara aurat wanita ialah :

1.Bulu kening

- Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. HR Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

- "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." QS An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
 

3. Wangian

- "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." HR Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
 

4. Dada

- "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " QS An-Nur : 3. Keterangan: Melabuhi tudung atau memakai tudung yang tidak menampakkan bentuk dada dan bahagian tepi tudung dibawah bahu.
 

5. Gigi

- "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. ". HR At-Thabrani.

- "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". HR Bukhari dan Muslim.
 

6. Muka dan leher

- "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
 

7. Muka dan Tangan

- "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." HR Muslim dan Bukhari.
 

8. Tangan

- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". HR At Tabrani dan Baihaqi.
 

9. Mata

- "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." QS An Nur : 31.

- Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." HR Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." QS Al Ahzab: 32.

- Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." HR Ibn Majah.
 

11. Kemaluan

- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " QS An Nur : 31.
 

- "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." HR Al Bazzar.

- "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." HR Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
 

12. Pakaian

- "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." HR Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.



- "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." HR Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.

- "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." QS Al Ahzab : 59.
 

13. Rambut
 

- "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." HR Bukhari dan Muslim.

Friday, 28 September 2012

Allah itu maha pengampun lagi maha penerima taubat :)

Assalamu'alaikum . 
Sahabat-sahabatku sekalian , kita semua tidak terlepas dari dosa dan maksiat . Namun harus kita ketahui bahawa bukanlah sewenang-wenangnya sahaja hendak melakukan dosa . Kita juga harus melawan nafsu kita . Sekiranya kita tewas dan nafsu berjaya mengalahkan akal kita , minta ampunlah kepada Allah yang maha pengampun lagi maha penerima taubat . Allah sayang pada kita , Allah dekat dengan kita , cuma kita saja yang menjauhkan diri darinya . Akan tetapi jangan lah kamu berputus asa dari rahmat Allah ya :)
Perhatikanlah hadis di bawah ini , mudah-mudahan ada manfaatnya pada kita semua .


“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saturday, 22 September 2012

sispa

Assalamu'alaikum .
Alhamdulillah ,segala puji bagi Allah . Aku masih lagi bernafas dan masih lagi boleh menaip dengan izin-Nya .
Hendak dijadikan cerita ,terkejut aku dibuatnya apabila mendapat sms menyatakan bahawa aku layak untuk ditemuduga untuk kor sispa malam semalam(20/9) . Aku memang minat sispa ni selepas dapat 'info' mendalam daripada akak-akak JAKSA di kolejku yang tercinta ini ,Rahim Kajai . Aku memang tiada perasaan gentar langsung sewaktu temuduga . Aku jawab soalan juri sambil melemparkan senyuman yang agak manis . haha . Maklumlah , dia tanya kenapa pilih sispa . Soalan senang je tu . Dah la aku memang minat . Apa lagi banyaklah idea aku untuk mengolahkan isi-isi yang sedia ada dalam otak ni . Tapi memang sempoi gila lah . Aku jawab sesuka hati aku je . Bila dia nak tanya , aku potong soalan dia sebab nak luahkan lagi apa yang dok tersirat di hati . Memang syok habis . Then , diorang kata keputusan keluar hari ini (21/9,jumaat).Terperanjat aku dibuatnya sebab aku terpilih . Alhamdulillah . Sebenarnya tujuan nak masuk sispa sebab aku nak tambahkan kemahiran dan pengalaman dalam diri ni . Ilmu hendak berhadapan dengan situasi cemas tu yang paling penting :) terima kasih Allah . Alhamdulillah .

Thursday, 20 September 2012

demi mu wahai ilmu :)

Assalamu'alaikum semuanya :)
Petang ni aku ingin menyentuh sikit mengenai harga buku-buku rujukan yang kami mesti guna di universiti ini . Ya Allah , hanya Allah yang maha mengetahui apa yang aku rasakan pada waktu itu . Namun aku masih tenang . Cuba memikirkan solusi yang terbaik bagaimana untuk memperolehi buku-buku tersebut dengan harga yang murah . Alhamdulillah aku baru teringat . Abang aku mungkin ada buku yang aku inginkan , maklumlah dia juga pelajar ijazah sarjana muda perakaunan di universiti ini .
Bezanya cuma dia sudah tahun akhir . Tepat sekali ,! Aku pun pantas menaip (sms) mengenai tajuk-tajuk buku rujukan yang aku perlukan pada semester satu ini dengan berharap dia memiliki buku-buku itu . Akhirnya , abangku memberikan respon yang seperti aku harapkan . Segala puji bagi Allah . Jimatlah sikit duit aku . hehe . Walaubagaimanapun , ada sedikit masalah . Adalah satu subjek yang memerlukan aku untuk membeli juga buku rujukan seperti yang pensyarah cakap . Harga RM89 . Wah , mahalnya  . Masakan hati ini tidak memberontak , sedangkan aku dah memiliki buku rujukan subjek tersebut , tebal pulak tu . Apakan daya , ikutkanlah juga kehendak pensyarah . Orang kata , nak menuntut ilmu kenalah berkorban sikit . Tak mengapalah , aku yakin pasti ada hikmahnya . Mungkin Allah mahu aku membaca banyak bahan rujukan . Baru boleh dapat A . hehe .

Tuesday, 11 September 2012

hari pertama kuliah

Assalamu'alaikum . Alhamdulillah , segala puji bagi Allah , hari ini hari kedua aku memasuki kuliah . Segalanya berjalan dengan lancar . Walaupun begitu , semalam(isnin) ada masalah sikit . Aku tiba di kuliah lambat sedikit . Waktu itu kuliah mikroekonomi . Saat itu , aku masih di bilik , setelah celik mata , aku terpandang cahaya matahari di tingkap . Terkejut aku dibuatnya . Masakan tidak , subuh telah berlalu dalam beberapa jam yang lalu . Tanpa lengah aku bingkas mendapatkan jam . Ternyata , Ya Allah , jam sudah pukul 7.43 AM . Sedangkan kuliah mula pukul 8.00 AM . Kelam kabutlah aku pada hari itu . haha . Aku pun tidak tahulah waktu itu aku tiba di kuliah pukul berapa , tetapi yang pasti , saat aku mulai memasuki dewan kuliah , semua mata mulai tertumpu kepada aku . Argghh .. Malu gila waktu itu . Maklumlah , aku ini memang pemalu pun orangnya . Selepas itu , kuliah berjalan seperti biasa . Pada masa yang sama juga , ketika aku melabuhkan punggung untuk duduk di kerusi aku juga tidak lupa menghulurkan tangan untuk berjabat dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain sebagai salam perkenalan  :)

sebagai pramahasiswa

Assalamu'alaikum semua . Alhamdulillah . Segala puji bagi Allah yang telah menetapkan segala-galanya . Akhirnya berjaya juga aku memulakan langkah aku di menara gading yang terulung ini . Terima kasih Ya Allah kerana telah menempatkan aku di Universiti Kebangsaan Malaysia . Hari pertama aku di sini sewaktu ditemani oleh keluargaku . Hati ini terlalu girang  . Hanya Allah yang tahu . Kadangkala , perasaan gembira bercampur baur dengan sedih dek kerana teringat akan ayah dan ibuku . Mungkin mereka tidak sedar sewaktu mereka menolongku mengemas bilik 101 (tempat penginapan di ukm) , aku sering memerhatikan mereka dan hati ini tertanya-tanya , mampukah aku mengukir senyuman mereka dengan menghasilkan keputusan peperiksaan cemerlang di setiap semester ? Ayah , ibu percayalah aku akan menggembirakanmu . Namun aku juga memerlukan do'a dari kalian sebagai pengiring usahaku untuk berjaya .