Sahabat-sahabatku sekalian , kita semua tidak terlepas dari dosa dan maksiat . Namun harus kita ketahui bahawa bukanlah sewenang-wenangnya sahaja hendak melakukan dosa . Kita juga harus melawan nafsu kita . Sekiranya kita tewas dan nafsu berjaya mengalahkan akal kita , minta ampunlah kepada Allah yang maha pengampun lagi maha penerima taubat . Allah sayang pada kita , Allah dekat dengan kita , cuma kita saja yang menjauhkan diri darinya . Akan tetapi jangan lah kamu berputus asa dari rahmat Allah ya :)
Perhatikanlah hadis di bawah ini , mudah-mudahan ada manfaatnya pada kita semua .
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
No comments:
Post a Comment