Assalamu'alaikum semuanya :)
Petang ni aku ingin menyentuh sikit mengenai harga buku-buku rujukan yang kami mesti guna di universiti ini . Ya Allah , hanya Allah yang maha mengetahui apa yang aku rasakan pada waktu itu . Namun aku masih tenang . Cuba memikirkan solusi yang terbaik bagaimana untuk memperolehi buku-buku tersebut dengan harga yang murah . Alhamdulillah aku baru teringat . Abang aku mungkin ada buku yang aku inginkan , maklumlah dia juga pelajar ijazah sarjana muda perakaunan di universiti ini .
Bezanya cuma dia sudah tahun akhir . Tepat sekali ,! Aku pun pantas menaip (sms) mengenai tajuk-tajuk buku rujukan yang aku perlukan pada semester satu ini dengan berharap dia memiliki buku-buku itu . Akhirnya , abangku memberikan respon yang seperti aku harapkan . Segala puji bagi Allah . Jimatlah sikit duit aku . hehe . Walaubagaimanapun , ada sedikit masalah . Adalah satu subjek yang memerlukan aku untuk membeli juga buku rujukan seperti yang pensyarah cakap . Harga RM89 . Wah , mahalnya . Masakan hati ini tidak memberontak , sedangkan aku dah memiliki buku rujukan subjek tersebut , tebal pulak tu . Apakan daya , ikutkanlah juga kehendak pensyarah . Orang kata , nak menuntut ilmu kenalah berkorban sikit . Tak mengapalah , aku yakin pasti ada hikmahnya . Mungkin Allah mahu aku membaca banyak bahan rujukan . Baru boleh dapat A . hehe .
No comments:
Post a Comment